fbpx

Didakwa Gay, IG Syafie Naswip Diserang Netizen

Sejak semalam tular mengenai pelakon Syafie Naswip didakwa bertindak kasar terhadap bekas tunangnya Aishah Azman sehingga mendatangkan kecederaan.

Sebelum ini, portal melaporkan perkara itu dikatakan berpunca apabila Aishah menasihati Syafie supaya meninggalkan satu sifat buruk dirinya.

BACA: Cekik, Tumbuk Punca Syafie Naswip, Aishah Putus Tunang?

Susulan isu tersebut, ruangan Instagram Syafie Naswip dihujani dengan komen netizen yang membuat spekulasi pelakon itu didakwa mempunyai kecenderungan seksual terhadap kaum sejenis.

Bagaimanapun, ramai tidak menyangka pelakon itu bertindak  mengasari bekas tunangnya. Malah ada netizen berpandapat apa yang terjadi itu mungkin hanya salah faham sahaja.

Terdahulu, pelakon Aishah mendakwa dia lambat membuat laporan kerana ingin selesaikan kes mereka itu secara baik namun suspek didakwa bertindak berlebihan.

Pihak polis juga mengesahkan Syafie ditahan pada Sabtu lalu bagi membantu siasatan namun kemudian dibebaskan dengan jaminan polis keesokan harinya.