fbpx

Berus Kecantikan Keluaran SimplySiti Guna Sumber Dari Babi?

“SimplySiti Sdn Bhd – Analisa Makmal Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan Sampel Berus adalah bulu babi.”

Itu adalah tweet yang kami terima dari sumber yang mempunyai track record baik dalam menyampaikan berita berkaitan dunia hiburan.

Update 1: Siti Nurhaliza menjawab status halal semua produk SimplySiti melalui Twitter. Petikan kata-kata dari Siti Nurhaliza;

Semua produk SS & berus yang digunakan dalam produk adalah mendapat kelulusan HALAL daripada JAKIM dan pemeriksaan adalah dibuat sebelum setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha untuk memastikan setiap produk mendapat kelulusan Jakim.

Update 2: Kami berjaya mendapatkan salinan surat pekeliling dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang bertarikh 20 Julai 2011 dengan perkara utama;

Senarai Permohonan Yang Diputuskan Tidak Berjaya Oleh Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil 1/2011 Hingga Bil 17/2011

Update 3: Lagi kenyataan dari Siti Nurhaliza berkaitan isu halal produk SImplySiti. Bunyi seperti kurang senang dengan perkembangan kisah ini.

SimplySiti bersungguh-sungguh mendapatkan sijil halal, mengeluarkan modal yang banyak, tunggu berbulan-bulan untuk pastikan semuanya selamat, senang-senang pihak lain nak rosakkan. Ini yang beruasha dapat (sijil) halal, yang takde halal tu apa cite plak?

Harap’nya perkhabaran produk dari SimplySiti ini hanyalah khabar angin belaka. Sebarang perkembangan akan kami update secepat mungkin.