Bertugas Sebagai Kerani Bukan Peguam, Fatiya Latiff Mohon Maaf Atas Kekeliruan
Sebelum ini, pelakon Fathia Latiff memaklumkan bahawa dirinya kini merupakan seorang pengamal undang-undang menerusi perkongsian di Instagram.
Bagaimanapun, Fathia membuat permohonan maaf apabila ramai yang keliru dengan perkongsiannya itu. Jelas Fathia dia bukanlah seorang peguam tetapi sebenarnya bertugas sebagai seorang kerani di sebuah firma guaman.
BACA: Lama Menyepi, Fatiya Latiff Kini Bergelar Peguam
View this post on Instagram
Menurut Fathia lagi, salah faham tersebut adalah tidak disengajakan dan mengakui terlepas pandang mengenai perkara berkenaan.
Fathia turut memohon maaf kepada semua pihak jika kenyataannya sebelum ini menimbulkan kekeliruan kepada mana-mana pihak.
Budak ni konpius sama ada dia jadi peguam atau kerani difirma guaman. Dulu ada cerita hampir sama ngan cerita FL ni. Orang tu kata dia bekerja sebagai doktor di hospital kerajaan. Tp bila kenalan dia nampak dia pandu ambulan dia minta maaf kata dia tersilap. Rotitelo pun dua kali lima jugak main hentam je dgn caption usahawan jutawan, pengasas produk kecantikan, usahawan sensasi, penasihat kewangan, pakar porek, pempengaruh sensasi, sumer nya bg sedap didengar nampak mcm kaya tp bohong semata2.