Lama tak dengar cerita mengenai Fatiya Latiff rupanya pelakon jelita itu kini sedang bekerja di sebuah firma guaman.
Menerusi perkongsian di Instagram, Fatiya dilihat ada memuat naik gambarnya serta memaklumkan dirinya kini secara rasmi menjadi pengamal undang-undang.
BACA: Netizen Tegur Muka Fatiya Latiff Dah Lain
View this post on Instagram
Difahamkan, sejak Jun lalu Fatiya dilihat ada berkongsikan sedang bekerja di firma guaman Tawfeek Badjenid & Partners.
Perkongsian Fatiya itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan pengikutnya yang tidak melepaskan mengucapkan tahniah buat pelakon itu