fbpx

Bertudung Untuk Lakonan, Siti Saleha Harap Peminat Tidak Keliru

Setiap kali selebriti tempatan tampil dengan imej baru bertudung penuh, pasti ianya akan mendapat reaksi positif dari ramai peminat dan selalunya mesti menjadi tajuk berita di akhbar.

Berniat untuk menjadi inspirasi kepada remaja wanita Malaysia, Siti Saleha tampil bertudung sebagai tanggungjawab sebagai pelakon dan juga duta dalam Serlahkan Keyakinanmu Bersama Kotex Member Ku Hawa.

Bercakap kepada Malaysian Digest semalam, Siti Saleha berharap peminat tidak pula keliru dengan imej bertudung beliau ini kerana ia hanya penuhi tuntutan kerja dan tidak semestinya akan bertudung selalu.

“Imej ni sebagai memenuhi tanggungjawab saya sebagai duta. Tapi tak semestinya saya perlu pakai tudung selalu. Dalam kontrak pun tidak tertulis begitu. Saya harap peminat dan orang ramai tak anggap apa-apa kalau dalam drama Member-Ku Hawa saya bertudung tapi di luar tidak”

“Malah baru-baru ini saya ada mengkuti promosi dan ketika itu saya tidak bertudung, tetapi peminat okay dengan penampilan saya. Sebagai duta, target saya adalah menjadi inspirasi kepada para remaja wanita”

Dalam musim terbaru, Member Ku Hawa mengekalkan lakonan Nad Zainal sebagi Kay, sementara Siti Saleha membawakan watak Nur Hawa. Drama 10 episod ini bakal bersiaraan bermula 5 Jun ini, pada jam 10.00 malam di Astro Ria (saluran 104).