fbpx

“Bertemu Jodoh Dengan Yusry Di Puncak Kerjaya, Tapi..”

Nama Erra Fazira sememangnya tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Digelar primadona filem Melayu, pasti ramai tahu tentang kehidupan peribadinya sebelum ini yang pernah gagal dalam pertunangan dan perkahwinan.

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi cantik ini menjadi tetamu jemputan untuk sebuah rancangan. Menerusi program tersebut, Erra berkongsikan tentang pengalaman hidup dan kisah peribadinya bersama penonton.

BACA: “Cakap Nak Meminang Tapi Tiada…”

Erra turut mengimbau kembali kisah percintaan dan rumah tangganya terdahulu bersama bekas suami, Yury Abd Halim dan Engku Imran. Menurut Erra, kegagalan yang pernah dialaminya dahulu adalah pengalaman berharga dalam hidupnya.

“Seperti yang semua dah ketahui, rentetan perjalanan say, saya pernah mengalami kegagalan dalam bertunang, pernah gagal dalam perkahwinan tapi semua itu saya jadikan sebagai pengjaran.

“Tidak ada yang negatif atau yang tidak elok, setiap perjalanan yang telah diaturkan. Itu semua adalah pengalaman hidup yang sangat berharga buat saya.

“Saya bertemu jodoh bersama Yusry, ketika saya dikemuncak kerjaya. Gabungan kami berdua bom! Jadi ianya menjadi ‘wedding of the year’. Tapi macam mana pun jodoh tak kesampaian. Tidak ada rasanya orang berkahwin untuk jodoh yang pendek.

“Alhamdulillah, dengan Engku saya dianugerahkan Allah dengan anugerah terindah iaitu anakanda saya, Engku Aleesya. Tapi perkahwinan saya sekali lagi kecundang. Yang sedihnya bila terpisah dengan anak bukan sesuatu yang sangat mudah.

Erra turut berkongsikan kepada penonton kehidupannya selepas bercerai yang menyentuh hati. Meskipun sudah berpisah, Erra memberitahu kebahagiaan anak adalah lebih penting dan dia sanggup berkorban demi anak kesayangannya.

“Orang tak tahu, orang ingat kenapa dia ni berpisah dia tak ambil anak? Ada kisah disebalik, tidak ada ibu yang nak berpisah dengan anak. Biarlah orang kata kita berkorban untuk kebahagiaan anak. Yang penting anak bahagia.

“Anak saya harus wajib terima kasih sayang daripada kedua-duanya walaupun salah seorang akan sakit. Jadi dalam hal ini, saya sakit tak apa, asalkan anak saya bahagia.

“Saya yakin Allah itu adil, saya yakin aturan Allah itu baik. Mungkin tak baik untuk saya tapi baik di masa hadapan,” luah Erra.