Baru-baru ini, perkongsian foto penyanyi Baby Shima mengundang kecaman netizen apabila memperlihatkan seperti lukisan tatu di bahagian dada.

Enggan mengulas mengenai perkara itu, Shima hanya membiarkan netizen menilai sendiri. Ujarnya, apa sahaja yang dikongsikan pasti akan dikritik netizen.

BACA: “Saya Tak Perlukan Baby Shima Untuk Trending”

“Biarlah netizen yang menilaikan sendiri. Sebab saya ni bercakap baik pun tetap tak diterima netizen. Jadi saya baut apa yang saya suka. Yang penting tak kacau orang sudah.

“Sekarang ini kalau kita post atau buat kandungan apa saja netizen akan kritik atau hentam. Ada saja yang tidak kena di mata mereka,” katanya.

Susulan perkongsiannya itu, rata-rata netizen ingin mengetahui sama ada ianya tatu palsu atau sebaliknya. Shima turut menasihati netizen tidak lagi mengikutinya di media sosial supaya tidak menambah dosa.

“Bagi saya, apa kita nak buat, buat saja la. Yang penting kita tak kacau kehidupan orang lain dan kalau rasa berdosa, jangan tengok.” katanya.