fbpx

Caprice Kesunyian Sambut Hari Jadi Seorang Diri

Menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-33 sendirian di luar negara, penyanyi rap Caprice meluahkan rasa sunyi serta menyifatkan ia adalah hari paling sukar untuknya.

Sudah 40 hari berada di negara orang, Caprice berkata ini merupakan kali pertama dia beribadah dan berhijrah seorang diri. Namun, Caprice berkata dia merasakan dekat dengan Allah sejak 5 hari ini.

BACA: Caprice Nafi Dakwaan Tepis Tangan Ebit Lew

“Ini adalah 40 yang paling sukar dalam hidup saya dan kali pertama saya beribadah serta berhijrah seorang diri di negara orang.

“Saya tidak pernah rasa kesunyian seperti ini tetapi rasa sangat dekat dengan Allah dalam tempoh lima hari ini,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di Insta Story itu, Caprice turut meluahkan ras syukur dengan apa yang berlaku serta berharap orang ramai akan memahami situasi sebenar satu hari nanti.

“Alhamdulillah untuk semua yang telah berlaku. InsyaAllah satu hari nanti semua ini akan masuk akal satu hari nanti kepada anda semua,” ujarnya.

Difahamkan, Caprice berangkat seorang diri ke Mesir pada 23 Julai lalu untuk meneruskan jihadnya. Bagaimanapun sehingga kini dia masuk belum dibenarkan masuk ke Gaza.