Bermanja Di Twitter, Zizan Razak Dan Nora Danish Sedang Bercinta?Sebenarnya bukan’lah bermanja mana, cuma memberi gelaran papa & mama kepada diri masing masing di Twitter dan itu pun sudah cukup menimbulkan spekulasi. Heh.

Sebelum bermula saingan Maharaja Lawak Mega 2012 hujung minggu lalu, Nora Danish telah mengirimkan ucapan selamat maju jaya buat Zizan Razak. Macam tiada masalah ‘kan?

“All the best papa ;) @zizanrajalawak,” itu tulisan pertama Nora Danish yang mengundang persoalan sebelum di’balas Zizan Razak dengan “Tq mama, papa try the best k”. Nampak?

Zizan Razak mahupun Nora Danish sehingga entri ini di’tulis masih gagal di’hubungi untuk mendapatkan penjelasan sebenar berhubung tulisan mereka berdua di Twitter ini.

Namun, jika mereka berdua kini memang bercinta rasanya tiada masalah kerana setahu kami Nora Danish & juga Zizan Razak masing masing sedang menjalani kehidupan solo.