fbpx

“Berlakon Lagi Dengan Zul Ariffin? Tak Tahulah”

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai kontroversi terpalit pelakon sensasi, Siti Hariesa mengenai babak panas bersama aktor berbadan sasa, Zul Ariffin.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Memetik Kosmo, Hariesa bagaimanapun tidak menolak kontroversi tersebut merupakan ‘tiket’ yang menjual namanya sebagai pendatang baru ketika itu.

BACA: Berani Buat Babak Panas, Siti Hariesa Tak Menyesal

Namun, aktres berusia 25 tahun itu berkata dia enggan mengulangi kesilapan sama yang hampir ‘memusnahkan’ kerjaya seninya dan akan menapis jika ada babak panas selepas ini.

“Publisiti tetap publisiti walaupun melibatkan perkara buruk. Tapi kalau boleh saya nak elakkan perkara sebegitu terjadi lagi selepas ini. Saya sudah ‘move on’ dengan kontroversi yang hampir meranapkan kerjaya seni yang baru hendak bercambah.

“Kejadian itu menjadi pengajaran dalam hidup saya. Jadi selepas ini saya akan lebih berhati-hati untuk meneliti skrip terlebih dahulu. Kalau ada ‘babak panas’, saya akan tapis,” katanya.

Meskipun dikecam hebat oleh netizen, Hariesa berkata dia tidak pernah berputus ada sebaliknya meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai pelakon.

“Walaupun saya pernah dikecam hebat netizen, tapi saya tidak pernah berputus asa. Saya hanya ‘move on’ dan jalankan kerja saya sebagai pelakon. Alhamdulillah kontroversi itu tidak memberi kesan terhadap kesihatan mental saya,” latanya.

Ditanya sama ada dia terbuka untuk bergandingan lagi dengan Zul Ariffin, Hariesa tidak mampunyai jawapan berkenaan soalan tersebut.

“Berlakon lagi dengan Zul Ariffin? Tak tahulah. Kita tengok masa akan datang bagaimana,” katanya.