Hampir dua bulan berdiam diri selepas terpalit dengan kontroversi babak panas dalam drama Perempuan Itu, pelakon Siti Harisa berkata dia tidak menyesal dengan apa yang berlaku.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Memetik BH Online, gadis berusia 24 tahun itu berkata dia bertindak mengunci mulut untuk meredakan situasi panas agar tidak berlanjutan. Kata Hariesa lagi, kontroversi yang berlaku mengajar dirinya untuk lebih berhati-hati dalam memilih watak selepas ini.
BACA: Isu Babak Panas, Followers Instagram Siti Hariesa Naik Mendadak
“Saya tak hilang ke mana-mana. Cuma, saya bercuti selama sebulan selepas selepas penggambaran drama Perempuan Itu.
“Tindakan berdiam diri kerana saya tak mahu mengapi-apikan dan terus sensasi isu ini. Lebih baik saya membisu daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.
Mengulas apabila namanya menjadi bualan ramai ramai ekoran keberaniannya melakonkan babak panas itu, Hariesa menyifatkan ianya pengalaman yang melucukan.
“Pada mulanya, saya rasa lawak apabila babak ini tular. Kemudiannya, barulah saya sedar beginilah perasaannya apabila diri ditularkan.
“Saya tidaklah menyesal kerana sebagai pelakon, saya kena profesional. Apa yang dilakukan atas tuntutan kerja, bukannya nak berseronok ataupun suka-suka,” katanya.
Dalam pada itu, Haries berjanji akan lebih berhati-hati dalam memilih watak serta menjadikan apa yang berlaku sebagai satu pengajaran.
“Insya-Allah, saya akan lebih teliti dalam menerima tawaran berlakon kerana ini adalah kali pertama saya ditularkan dan menerima kecaman hebat,” katanya.
Pada Mac lalu, hangat diperkatakan apabila pelakon Zul Ariffin memuat naik klip sedutan babak panas bersama Siti Hariesa sekaigus mengundang kecaman ramai.