Lagi Besar, Lagi Bagus
OPPO kini hadir dengan peranti yang terbaru iaitu OPPO R9s Plus dan dengan rasminya OPPO R9s Plus ini telah dilancarkan semalam di Glasshouse, Setapak. Lebih menarik lagi Ayda Jebat jugak turut sama berada di pelancaran OPPO R9s. Ini kerana pelakon dan penyanyi yang berbakat besar ini telah dipilih menjadi Duta untuk OPPO R9s.
Ayda Jebat nampak cantik menawan dengan OPPO R9s Plus ni, Kalau anda selalu follow Ayda Jebat di Instagram, boleh perasan gambar yang berkualiti tinggi yang dikongsikan selebriti tersebut pastinya datang dari telefon pintar berkuasa berkenaan.
Nampaknya tahun ini OPPO betul betul mengamuk. Hasilnya apabila tidak lama selepas kehadiran OPPO R9s, kini telah hadir OPPO R9s Plus di pasaran. Sedangkan sebelum ini pun sudah menjadi bualan orang ramai, inikan pula OPPO R9s Plus yang pastinya antara yang terbaik di antara yang lain.
Manakan tidak, bukan saja kamera belakang tetapi kamera depan OPPO R9s Plus juga dilengkapi dengan lensa 16MP! Memang clear habis gambar selfie anda. Perkara ini membuatkan OPPO sekaligus mendahului pesaing mereka dalam penghasilan kamera depan dan belakang yang berkualiti.
Malah bateri OPPO R9s Plus yang mempunyai kapasiti 4000mAh adalah sangat memberangsangkan lebih lebih lagi untuk memberikan lebih masa untuk anda sepanjang hari tanpa perlu asyik nak cucuk pada powerbank atau mencari plug dinding.
OPPO R9s Plus juga dijana dengan 6GB RAM dan mempunyai skrin 6 inci. 6GB RAM tu, memang bertenaga habis telefon pintar anda. Skrin yang besar juga memudahkan anda untuk melayari apa saja aplikasi laman sosial selain memberi kebebasan jari anda untuk bergerak bebas.
Bagi anda yang mahu mendapatkan OPPO R9s Plus yang berharga hanya RM2,498, anda bolehlah dapatkan di OPPO Online Store atau pun di OPPO Concept Store. Tengok dari gayanya, memang tak lama, sold out OPPO R9s Plus ni!
Ayda jebat mahu tolong lagu banyak besar kali lagi ok..penat?
Ni semua propa je. Korang ingat Nora Danish tu pakai ke Safi Rania tu wey? Sangkak sgt ke dia?! Ni semua strategi taktik lapuk nk lariskn produk.
Dia tu kena bayar puluh ribu untuk promote.. kalau ko kena bagi ratus ribu pun ko promote tapi takde orang nak bayar ko kan?
Selamat semalam dulu..esok nnti sambung ok lh.
Rambut Ayda makin vogue…kaler sgt sesuai utk wanita melayu moden..bkn kpg2 makcik2 nenek2 cam yg lain2. Camni lah selera citarasa suami2..
oneplus 3t power lgi kot
Napa ko berapa kali lagi how to know tajuk lagu
Lagi besar,Lagi besar jugalah bajetnya.
Ramai orang terpedaya dengan OPPO yang seakan-akan Iphone dengan harga yang melampau mahal.Xiaomi Mi 5,Huawei Mate 9/P9/P9 Plus/P10,Honor 8,ZTE Axon 7,One Plus 3/3t Dan Samsung Galaxy S6/S6 Edge/S7/S7 Edge mempunyai spesifikasi yang jauh lebih bagus tetap dengan harga yang lebih murah,berpatutan dan berbaloi.
Lebih sangat huawei tapi oppo pun kurang Tak pilih oppo itu. Sebb saya suka samsung galaxy banyak berikut hanya saya haahee…
huntunglah
Peace whtsapp untung dari ko oppo Whatspp bagaimana ke..
Tak nyanyi best ko lagi besar lagi iya..
Tak bagus…iphone dan samsung lagi jauh baik. Jgn terpedaya dgn artis!
Artis suara katak pun penyanyi? So alahaiii!
Dua hari lepas hubby memberitahu yang dia ada menjemput kawan kawan ke rumah dan meminta saya memasak dan memyediakan sedikit kuih muih. Saya terfikir elok jika saya memasak Mee Kari Kerang kerana saya belum pernah lagi memasak mee kari kerana kurang menggemarinya. Lagipun dengan memasukkan kerang, pastinya menjadi kesukaan my son yang memang suka makan kerang.
Saya terjumpa resepi mee kari kerang yang dikatakan sangat sedap dan membuat ubahsuai dari beberapa resepi setelah mengambilkira feedback dan komen yang diberi. Kalau masakan seperti ini, kita bebas untuk mengubahsuai ramuan ramuan dan cara caranya, tidak seperti kuih muih yang perlu diikuti sukatan dan bahan digunakan.
Pagi pagi lagi saya telah memulakan aktiviti memasak. Bukan apa, tapi kerana saya tidak suka tergopoh gopoh dan mahu memastikan semua telah tersedia bila tetamu mulai tiba di rumah. Semua tetamu adalah istimewa pada kami dan kami sangat mengalu alukan kedatangan mereka yang pasti membawa rahmat pada seisi keluarga di Nur Qaseh.
Mee Kari Kerang
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1/2 ekor ayam – di potong kecil
6 sb rempah kari daging (bancuh dg sedikit air)
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat (guna 2 santan kotak 200ml)
5 cawan stok udang
1 kg isi kerang atau lebih
1/2 cawan minyak masak
2 keping fishcake- hiris nipis
10 ketul fish ball- belah 2
1 biji kentang – rebus & tumbuk
Garam dan sedikit gula
Air secukupnya
Bahan Kisar
6 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sb cili kisar (boleh juga guna serbuk cili)
1 btg serai
2 sb udang kering- rendam & tos
1 cawan udang hidup (buang kulit & blend dg stok udang)
Bahan Tumis
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
2 batang serai – ketuk
Bahan Utk Mee dan Hiasan
1 kg mee kuning- celur, tos & lumur minyak menggoreng bawang
3 keping tauhu kering – digoreng & hiris nipis
2 fish cake – goreng & hiris nipis
4 biji telur – direbus & belah dua
4 biji limau kasturi – belah 2
Daun bawang dan daun sup- dihiris
Cili merah dan cili hijau – hiris
Sawi – dicelur dan tos
Taugeh – goreng tanpa minyak
Bawang goreng
Cara-cara
Buat stok udang dengan membuang kulit dan kepala udang dan asingkan isi. Rebus kulit dan kepala udang seketika. Kisar dengan sedikit air dan tapis airnya. Kemudian kisar isi udang dengan air rebusan kulit udang tadi.
Panaskan minyak dan tumis bahan bahan tumis. Masukkan pula bahan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau sehingga naik bau.
Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam yg di potong kecil dan biarkan sehingga empuk.
Masukkan fish cake, fish ball, stok udang dan asam keping. Biarkan sehingga mendidih, bila kuah dah mendidih masukkan santan kotak, garam dan gula.
Masukkan ubi kentang yang telah ditumbuk bertujuan untuk memekatkan kuahnya.
Akhir sekali masukkan kerang dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah tutup api, angkat dan hidangkan. Jangan masak kerang terlalu lama untuk mengelakkan ianya menjadi liat.
Cara Menyediakan Mee Kari Kerang.
Masukkan sedikit mee ke dalam ke dalam mangkuk. Letakkan sawi, taugeh, telur rebus dan tauhu goreng.
Tuangkan kuah di atas mee tadi.
Tambahkan dengan perahan jus limau kasturi. Akhir sekali taburkan daun sup, daun bawang, cili dan bawang goreng.
Sedia untuk dimakan
Enjoy …
Kak eleena pun kurang tak sihat dah habis demam sembuh..minta maaf ko semua.
Dulu aku ada bf..ensem sgt..pastu dia sayg sgt kat aku..tp aku yg x pandai merhargainya..aku curang dgn dia..sampai skrg aku rindu kan dia..walaupun masing2 dh kawin lain tp aku selalu rindukan dia..dia baik sgt..yelah..dia org yg baik2..skrg life dia pun dh sempurna..keje bagus..rumah banglo..kete honda crv..dan aku plak curang dgn dia utk kejar lelaki keje jaga tiket ice skating kat sunway piramid dn kahwin dgn nya…yg hari2 isap dadah..kene keje nk tanggung dia..dungu kah aku dulu melepas kan permata berharga..???
Nanti kakak eleena pun ada bermasalah tak nampak dia budak biar saja.. Kak eleena bl h mengajar lelaki belum jadi pandai susah nya.