Pelakon Azhan Rani membuat kejutan menghadiahkan kereta baru buat adiknya, Ijam sebagai tanda penghargaan menjaga ibu mereka.
Menerusi perkongsian di Instagram, Azhan berkata dia mahu menghargai pengorbanan adiknya yang selama ini mencurahkan masa serta tenaga menjaga ibu tercinta.
BACA: “Itu Nama Arwah Abah Aku” – Azhan Rani Tak Selesa Dipanggil ‘Rani’
“Alhamdulillah, hari ini dipermudahkan niat saya. Sebenarnya dah lama saya simpan cita-cita nak hadiahkan sebuah kereta pada adik saya, Shahrul Nizam, saya panggil dia Ijam.
“Ijam adik bongsu saya, dia muda tiga tahun dari saya. Dia adalah hero sebenar dalam keluarga saya. Banyak jaga mak saya, walaupun hanya saya dengan dia saja yang ada masa lebih kerana rumah kami dekat.
“Adik-beradik lain bagus juga, tapi mungkin komitmen agak susah sikit kerana dah berumah tangga dan jarak yang jauh. Jadi Nizamlah, daripada arwah abah sampailah sekarang ni mak,” katanya.
Sementara itu, Azhan turut menzahirkan terima kasih di atas pengorbanan adiknya serta berharap kereta berkenaan dapat memudahkannya selepas ini.
“Ijam, moga kereta ni akan memudahkan kau dan semoga boleh bawa mak ke mana-mana. Terima kasih, apa yang aku bagi ni sangat kecil berbanding dengan apa yang kau buat,” katanya.