fbpx

Hannah Delisha: Wanita Zaman Dulu Pun Mandi Berkemban

Sedia maklum mengenai apa yang bakal ditempuhinya kerana berkemban di dalam filem yang dibintanginya, Hannah Delisha dalam masa yang sama mempunyai jawapan tersendiri berkaitan perkara tersebut. Tambah Hannah dia sendiri sudah mengadakan perbincangan bersama pengarah filem tersebut iaitu Osman Ali.

BACA: Hannah Delisha Akui Terima Mesej Lucah

“Sebenarnya saya sudah berbincang dengan pengarah untuk babak berkemban semasa mandi dan ketika hampir menjadi mangsa rogol, jadi kita buat keputusan untuk menutup sedikit bahagian tubuh dengan kain”

“Memandangkan ketika itu babak sedang mandi, jadi memang kena berkemban dan kalau fikirkan secara logik tak ada orang mandi pakai baju. Wanita zaman dahulu pun mandi berkemban dengan kain!,” kongsinya kepada mStar Online.

Tidak dinafikan isu sebegini sedikit sebanyak mampu menarik penonton ke pawagam yang ingin menyaksikan sendiri babak tersebut.

Sementara itu tambah Hannah lagi selain perlu berkaki ayam, dia turut mendengar muzik daripada tiupan seruling dan gamelan selain bercakap dalam bahasa Jawa bagi mendapatkan feel watak yang dibawakannya. (rtky/s)