fbpx

“Berkat Doa Orang Ramai, Aliff Okay” – Ibu Aliff Aziz

Sejak semalam kecoh satu video tular di media sosial mengenai pelakon kontroversi Aliff Aziz yang ditahan polis di Singapura kerana didakwa mengganggu ketenteraman di tempat awam dalam keadaan mabuk.

Bagaimanapun, Aliff dipercayai sudah pun dibebaskan. Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik oleh ibunya, S Hafiza Basharahil di Instagram sebentar tadi memberitahu keadaan Aliff kini bertambah baik serta menjelaskan apa yang terjadi pada anaknya itu ada sebab tertentu.

BACA: Aliff Aziz Ditangkap Ganggu Ketenteraman Awam Ketika Mabuk

“Kepada yang bertanya mengenai anak saya, alhamdulillah berkat daripada doa orang ramai, dia okey. Selepas berjumpa anaknya malam tadi, Insya-Allah dia bertambah baik.

“Saya percaya setiap apa yang terjadi dalam hidup kita pasti ada sebabnya dan Allah saja yang tahu. Dengan rasa rendah hati, saya ingin berterima kasih atas setiap doa anda. Ia sangat berharga,” katanya.

Terdahulu, tular satu video memaparkan pelakon itu ditangkap polis di Singapura. Dalam rakaman tersebut, Aliff dilihat bergelut dengan anggota polis dan kedengaran dia menghubungi bapanya untuk mendapatkan bantuan.

Malah, bekas suami kepada Bella Astillah itu juga turut menjerit-jerit memberitahu bapanya menerusi telefon bahawa ada orang sedang memukulnya.