Aliff Aziz Ditangkap Ganggu Ketenteraman Awam Ketika Mabuk
Nampaknya, Aliff Aziz sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila pelakon dan penyanyi itu ditahan oleh pihak polis kerana mengganggu ketenteraman di tempat awam ketika dalam keadaan mabuk. Malah, tular satu rakaman video dimana pelakon itu bergelut dengan pihak polis.
Memetik laporan Berita Mediacorp, Pasukan Polis Singapura (SPF) mengesahkan penangkapan terbabit selepas pelakon itu didapati bergaduh dengan seorang lelaki kira-kira jam 6.40 pagi Ahad di kawasan Orchard Road.
BACA: Aliff Aziz, Bella Astillah Sering Keluar Bersama?
“Walaupun diarahkan supaya bertenang dan meleraikan pergaduhan itu, Aliff yang nafasnya berbau arak, enggan memberikan kerjasama dan terus mencetuskan kekecohan
“Menurut polis lagi, Aliff juga bergelut dengan pegawai bertugas ketika mereka cuba menggari tangannya. Bagaimanapun siasatan polis masih dijalankan,” lapor portal terbabit.
Aliff kemudian ditangkap di bawah Seksyen 14(2)(b) Akta Kawalan Arak kerana mengganggu ketenteraman awam ketika mabuk.
Terdahulu, tular satu video memaparkan pelakon itu ditangkap polis di Singapura. Dalam rakaman tersebut, Aliff dilihat bergelut dengan anggota polis dan kedengaran dia menghubungi bapanya untuk mendapatkan bantuan.
Malah, bekas suami kepada Bella Astillah itu juga turut menjerit-jerit memberitahu bapanya menerusi telefon bahawa ada orang sedang memukulnya.
- SUMBER
- Berita Mediacorp
Alip taik dasar sampah .. mampos la cepat2 hidup pun tak guna ko ni wat semak bumi jer!
Arak, dadah, perempuan sundal, kwn2 yg melalaikan xkan selesaikan masalah ko. Jiwa ko ni rapuh walau bdn tinggi, sado tp ko mmg lbh lemah dan lembik dri janda ko!!!
ni yang mak dia kata anak dia baguih sangat tuuuuu
Ouch
Ni yang si Bella nak blk laki sampah camni
asal kau wujud kat dunia ni sia,bodoh tahap degree
Ingin ku berteriak aku benci aliff ningal ninggal ninggal