fbpx

Ubai Terkejut, Baru Tahu Shila Amzah Superstar Di China

Pempengaruh media sosial yang juga merupakan suami kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Ubai mengakui terkejut apabila mengetahui isterinya itu seorang yang terkenal di luar negara.

Menerusi perkongsian di X, Ubai berkongsikan dia pertama kali mengikuti Shila membuat persembahan di luar negara iaitu di Macau dan tidak sangka memiliki ramai peminat disana.

BACA: “Salah Pilih Suami, Mentua Memang Naya Hidup” – Shila Amzah

Malah, Ubai berkata isterinya turut diiringi dengan ramai pengawal peribadi memandangkan jumlah penonton yang ramai.

Dalam pada itu, Ubai memaklumkan konsert berkenaan diadakan di Macau sempena sambutan Tahun Baru Cina dan pada bulan 3 berlangsung satu lagi konsert di China pula.

Perkongsian Ubai mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bertanyakan kepada pempengaruh itu sama ada dia lupa bahawa isterinya itu merupakan penyanyi terkenal dan sudah mencipta nama di luar negara.