fbpx

“Berhentilah Tanya Bila Saya Nak Kahwin”

Sering ditanyakan mengenai perkahwinan kebelakangan ini, Ruhainies mengakui mula berasa tertekan dengan pertanyaan yang sama berulang kali. Menurut Ruhainies, beliau sebolehnya tidak mahu terlalu menjaja kisah peribadi.

BACA: “Teman Lelaki Saya Memang Anak Emak”

“Sebenarnya soalan bila nak kahwin ini memberi tekanan juga pada saya. Bila orang dah tahu saya ada kekasih, mereka tanya pasal kahwin pula. Kalau boleh saya memang tak nak berkongsi mengenai kisah peribadi pada umum”

“Sebelum ini pun saya terpaksa beritahu ada kekasih sebab ada yang bertanya. Saya tak nak orang rimas disebabkan terlalu banyak cerita peribadi berbanding kerjaya seni saya,” katanya kepada m Star Online.

Jelas Ruhainies, seperti sebelum ini beliau telah menjelaskan bahawa perkahwinannya dengan ahli perniagaan itu akan berlangsung selepas kakaknya mendirikan rumah tangga dulu pada November ini.

Bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka yang dikenali sebagai Elff Johan, Ruhainies berharap peminat henti bertanya soal peribadinya dan mulai fokus dengan perjalanan kerjaya seninya pula.

Terdahulu menerusi Instagram Ruhainies telah memuat naik video disekitar sambutan majlis hari jadinya serta ucapan penghargaan. Majlis itu turut dihadiri kekasih hati Ruhainies serta keluarga tersayang. (rtky/w)