fbpx

“Seluar Janna Nick Ketat Sangat, Macam Telanjang”

Setiap minggu pasti ramai tak sabar untuk menonton program Melodi. Lebih-lebih lagi dapat tengok gadis cantik manis Janna Nick sebagai pengacara rancangan tersebut.

Namun baru-baru ini, gara-gara memakai seluar terlalu ketat, Janna Nick dikecam oleh penonton dan peminatnya.

Rata-rata berpendapat setiap pengacara televisyen perlu menjaga adab berpakaian lebih-lebih lagi program tersebut adalah untuk tontonan umum.

Ramai peminat memberikan nasihat untuk lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian dan tampil lebih sopan.

Berikutan isu tersebut, Janna memberi penjelasan dan membuat permohonan maaf tentang cara pemakaiannya itu menerusi Insta Stories.

Menurut Janna, pembantu peribadinya terpaksa meminta Janna untuk memakai seluar tersebut kerana ia lebih sesuai dipadankan dengan baju yang dipakai oleh Janna ketika itu.

Tambah Janna lagi, dia menerima baik teguran dari peminat dan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut.