fbpx

“Berhenti Tanya Tentang Soal Jodoh Saya”

Setelah hampir dua tahun, sebelum ini pelakon Nazim Othman pernah mengatakan pintu hatinya sudah terbuka untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua dan tidak akan putus berdoa agar dipertemukan jodoh.

Bagaimanapun, baru-baru ini menerusi satu perkongsian di Insta Story, Nazim meminta agar mereka di luar sana supaya berhenti bertanyakan dirinya mengenai soal jodoh atau pun hal perkahwinan.

BACA: Mowgli Dewasa, Peminat Tak Keruan Tengok Nazim Othman Tak Berbaju

Nazim berkata dia mahu menyayangi dirinya sendiri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mempunyai pasangan hidup. Ujarnya, sayangi diri sendiri adalah perkara penting sebelum menyayangi orang lain.

“Sayang diri sendiri kini menjadi keutamaan. Jika kita disayangi orang lain, itu adalah bonus. Tetapi kuasa mencintai diri sendiri tidak ternilai,” tulisnya.

Terdahulu, Nazim Othman mendirikan rumah tangga bersama dengna pelakon Bella Dally pada 10 September 2016 namun mahligai rumah tangga mereka hanya mampu bertahan dua tahun sebelum bercerai pada Mei 2018.