fbpx

Bergambar Rapat Dengan Lelaki, Neelofa Ditegur Netizen

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok ada memuat naik video memaparkan selebriti popular, Neelofa berada di sebuah majlis produk kecantikan terkenal, Lancome.

Menerusi video tersebut, Neelofa dilihat sedang bergambar bersama pelakon Daiyan Trisha dan seorang lelaki dipercayai peminat.

BACA: PU Riz Bangga Neelofa Jadi Pilihan Jenama Antarabangsa

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen apabila Neelofa dikatakan bergambar terlalu rapat dengan lelaki tersebut.

@ezr1111

Bila kau kene poses ala poster Lancome Be Likee!!! Tabah la yee Daiyan!!?@neelofa @Daiyan Trisha #neelofa #daiyantrisha #lancomemy #keceriaanbersamalancome #neelofafans #tiktoknalaysia?? #artismalaysia#fyp?

? Funny Song – Funny Song Studio & Sounds Reel

Diruangan komen, rata-rata netizen menegur selebriti popular itu kerana lelaki tersebut bukan mahram dan ada yang tertanya-tanya siapa lelaki berkenaan. 

Sementara itu, ada yang bertanyakan mengapa Neelofa dilihat bergambar rapat. Namun, ada yang mengatakan baju dipakai selebriti itu besar dan jika terkena pun pada baju bukan badan.