fbpx

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai Nonny Nadirah apabila pelakon itu memuat naik gambar seksi di Instagram sekaligus mengejutkan ramai. Sehingga kini masih tiada penjelasan mengenai tindakannya itu, namun ramai mendoakan agar Nonny terus istiqamah.

Bagaimanapun, hari ini kecoh di media sosial apabila suami kepada pelakon Yana Samsuddin iaitu Fadzil Zahari memuat naik gambar bersama isterinya berada di dalam besen merah.

BACA: Fadzil Zahari Diganggu Wanita, Terima Gambar Seksi Ketika Isteri Berpantang

Foto tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen apatah lagi besen merah tersebut persis gambar yang dimuat naik oleh Nonny.

Menerusi perkongsian itu, Fadzil turut menyertakan kapsyen tidak boleh ke pantai kerana tidak boleh merentas negeri dan hanya meraikan sekadar yang mampu sahaja.

Rata-rata netizen terhibur dengan suntingan foto berkenaan, malah ada yang mendakwa Fadzil seolah menyindir dua artis yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi.

Menerusi ruangan komen, Fadzil turut tampil mempertahankan dirinya menafikan dakwaan dia mengaibkan mena-mana pihak.

“Salam Jumaat semua… Kat mana gambar ni mengaibkan orang? Takda aurat sesapa pun dalam gambar ni, takda nama sesapa pun kat sini?,” tulisnya.

Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan gurauan Fadzil itu dan memintanya untuk memadam perkongsian berkenaan.