fbpx

Menjadi lumrah dalam kehidupan berumah tangga, pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mengaku tidak terlepas daripada ‘bergaduh’ dengan suaminya Nabil Mahir 

Bagaimanapun, Ayda berkata ianya bukan melibatkan pertelingkahan besar sebaliknya hanya gaduh manja sahaja dalam aspek perbelanjaan.

BACA: “Kalau Tak Puas Hati Cakap Depan-Depan” – Ayda Jebat

Memetik Xtra, Ayda menjawab pertanyaan netizen yang bertanya sekiranya dia dan suami pernah bergaduh selepas berkahwin.

Menurut Ayda, pergaduhan kecil terjadi apabila suaminya sering mengeluarkan wang untuk berbelanja dan dia tidak diberi peluang bagi melakukan perkara sama.

“Selalu… gaduh bila time nak bayar. Berebut-rebut nak bayar. Dah asyik dia bayar, kita nak juga belanja kadang-kadang! Tapi memang takkan dapat la…. susah!

“Thanks love @nabilmahir and please la kasi la kadang kita nak belanja gak.. makan ke apa ke. Dia tak nak,” katanya.

Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata Ana Nayla kini berusia setahun.