fbpx

“Kalau Tak Puas Hati Cakap Depan-Depan” – Ayda Jebat

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai dakwaan seorang artis wanita meningkat naik yang memburukkan nama pelakon dan penyanyi Ayda Jebat kepada individu lain.

Memetik Harian Metro, Ayda Jebat bagaimanapun enggan mengambil tahu siapa gerangan pelakon wanita itu serta berharap individu itu bersikap profesional dan bersemuka dengannya.

BACA: Tahun Lepas Bersalin ‘Czer’, Ayda Jebat Kini Hamil Anak Kedua?

“Saya tak tahu dan tak nak ambil tahu. Bagi saya, kalau tak puas hati cakap depan-depan. Mungkin dia tiada niat nak bercerita, tapi bila bercakap dengan rakan-rakan artis menyebabkan perkara ini tersebar dan mengeruhkan lagi keadaan.

“Sebenarnya daripada dulu lagi saya kurang disenangi oleh segelintir artis dan tidak menjadi masalah untuk saya. Salah satu sebab saya tak ramai kawan artis pun sebab perkara sebegini. Bila depan suka, tapi di belakang dia buruk-burukan orang lain,” katanya.

Ayda berkata lagi, bukan kali pertama kejadian itu berlaku dimana sebelum ini namanya pernah disenarai hitam oleh syarikat produksi dek kerana individu lain memburukkan namanya.

“Saya hanya berkawan dengan artis bila berkaitan kerja saja. Tiada yang saya keluar lepak makan bersama-sama. Kalau ada pun betul-betul ikhlas dan baik. Saya pernah dihubungi penerbit dan pengarah yang memaklumkan nama saya disenarai hitam tanpa usul periksa.

“Bila saya dapat tahu rupanya ada pelakon yang burukkan nama saya sehingga saya berjumpa dengan pelakon itu. Perkara sebegini bukan sekali dua berlaku,” katanya.

Terdahulu, menerusi temu bual bersama Melodi, Ayda mengatakan artis terbabit tidak perlu untuk menjatuhkan dan dengki dengan kejayaan orang lain sebaliknya dijadikan sebagai inspirasi.