Berbulan Mendaftar, Ashraf Muslim Syukur Dapat Solat Jumaat
Pelakon Ashraf Muslim meluahkan rasa syukur apabila mendapat jemputan untuk menunaikan solat Jumaat selepas berbulan-bulan mendaftar.
Menurut pelakon berusia 40 tahun itu, peluang tersebut tidak sesekali dipersiakan apatah lagi sudah lama tidak menunaikan solat Jumaat dan akui rindu untuk solat jemaah di masjid.
BACA: Ashraf Muslim Sedih Gagal Pikul Tugas Ketua Keluarga Ketika COVID-19
“Alhamdulilah, semalam saya dapat panggilan jemputan untuk menunaikan solat Jumaat hari ini. Saya bersyukur sangat sebab ini yang saya nantikan.
“Itu pun selepas mendaftar berbulan-bulan untuk solat Jumaat. Peluang diberikan ini tidak saya lepaskan apatah lagi saya sudah rindu solat jemaah di masjid,” katanya.
Dalam pada itu, Ashraf turut menyeru orang ramai untuk mendaftar kerana mungkin ada rezeki untuk kita menunaikan solat Jumaat di masjid.
“Tahu tak betapa seronok dan tenangnya hati ini bila ada di sini. Allah Maha Besar, syukur. Siapa yang belum mendaftar untuk solat Jumaat di masjid pergilah daftar.
“Kita tak tahu rezeki kita macam mana nanti. Insya-Allah, Allah akan permudahkan. Hanya yang kita perlu buat usaha, sabar dan berdoa selalu,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
nak tunjuk dia alim.konon.
maka berzina belakang isteri sampai lari ke songkhla bawa nafsu dengan keluarga dan keluarga rakan zina sekali.
tunggulah anak2nya rajin ke masjid ke rajin lari kawin dgn laki orang yg perempuan. yg lelaki tentu ramai bini yg ganas mcm emaknya.
nasib ada bini pertama selamatkan maruah
Ape ko merepek ni. Elok lg ko doa kan diri ko n keturunan ko byk2. Spy ape yg ko ckp tu jgn berbalik ke diri ko sendiri. Biarlah org tu nak kawin sampai 3-4 pun. Sekurang nye halal. Ko berckp mcm orang sewel, biadap sungguh mendoakan keturunan org mcm2. Hidup ini penuh dugaan. Mnyibuk jage tepi kain org, kain sendiri koyak rabak.
Biasa le kan artis macam tu, semua nak tunjuk mereka yang terlebih alim.