fbpx

Wah…Ini adalah berita baik untuk pengunjung setia myNEWS! Anda boleh nikmati gaya hidup sihat apabila berbelanja di kedai serbaneka terkemuka myNEWS apabila mereka berkolaborasi dengan jenama terkenal Jepun, Panasonic dalam kempen terbaharu ‘Shop And Live Better’.

Kempen ini dibuat sebagai penghargaan kepada anda, pelanggan setia myNEWS dengan menghadiahkan peralatan rumah, Panasonic! Untungnya anda.

myNEWS komited untuk menawarkan pengalaman membeli-belah yang berterusan di myNEWS kepada pelanggannya, terutama kepada ahli myNEWS.

“Kami berkomitmen untuk memberikan tawaran kepada pelanggan kami, terutamanya kepada ahli myNEWS, pengalaman membeli-belah yang berterusan dengan kami, dan juga bermanfaat. Kerjasama dengan Panasonic ini adalah kempen terbaru kami untuk menunaikan janji kami yang ‘Always Welcoming, Delightfully Surprising’.

“Ianya amat menakjubkan apabila Panasonic bekerjasama dengan kami untuk menanamkan kepentingan menjalani kehidupan yang lebih baik dan sihat.” kata Low Chooi Hoon, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Retail, myNEWS Malaysia.

Apa Yang Anda Boleh Buat?

‘Hadiah’ ini bukan beri terus jer pada anda. Ada syaratnya. Tapi tak adalah susah syarat nye pun. Rileks…

Bermula 1 Julai sehingga 31 Ogos 2021, anda berpeluang memenangi penyertaan cabutan bertuah dan kupon produk jenama lain yang mengambil bahagian, melalui aplikasi myNEWS.

Pembeli myNEWS boleh memperolehi ganjaran yang hebat dengan ‘Shop and Live Better’ yang menawarkan peralatan rumah Panasonic.

Untuk mengambil bahagian, anda perlu mendaftar sebagai ahli myNEWS dahulu. Selepas itu, anda perlu mengimbas melalui aplikasi dan membelanjakan RM20 untuk mendapatkan satu setem.

Anda perlu mengumpulkan 6 setem sepanjang tempoh kempen untuk diberikan hadiah baucar diskaun dari jenama yang mengambil bahagian seperti Maru Kafe, Old Town White Coffee, dan You C1000.

Pelanggan myNEWS boleh mengambil bahagian dengan memuat turun aplikasi myNEWS untuk mengumpulkan setem dari 1 Julai hingga 31 Ogos 2021.

Selain itu, anda juga boleh dapat hadiah dua kali tau sebabnya anda juga layak untuk masuk cabutan bertuah dari Panasonic. Wuu…best kan?

Menang Hadiah Gempak

Anda yang bertuah akan memenangi produk berteknologi nanoe™, dan nanoe™ X yang dipatenkan oleh Panasonic serta peralatan rumah yang betul gempak weh.

Untuk memenuhi syarat memenangi perkakas rumah Panasonic, belanjakan RM20 di mana-mana kedai serbaneka myNEWS untuk mendapatkan 1 setem. Kumpulkan 6 setem sepanjang tempoh kempen untuk mendapatkan baucar diskaun dari Maru Kafe, Old Town White Coffee, dan You C1000 dan layak untuk cabutan bertuah.

Ini termasuk 10 unit Penyaman Udara Panasonic nanoe™ (masing-masing bernilai RM3,240), 8 unit Pembersih Udara Panasonic nanoe™ (masing-masing bernilai RM1,599) dan 12 unit Portable Generator Panasonic nanoe™ X (masing-masing bernilai RM599).

Pergh, bukan biasa-biasa!

Seperti yang anda tahu, teknologi Panasonic nanoe™ ini telah terbukti berkesan dalam menghalang aktiviti virus dan bakteria hingga 99,99%*.

Panasonic Portable nanoe™X Generator (bernilai RM599).

Dengan perlindungan dan pengesahan Penyaman Udara nanoe™ X 24 jam nanoe™ X, teknologi atomisasi elektrostatik di mana ia mengumpulkan kelembapan yang tidak dapat dilihat di udara dan menggunakan voltan tinggi untuk menghasilkan radikal hidroksil yang terdapat di dalam air, anda dan keluarga tersayang anda dapat menikmati ketenangan dengan menghirup udara dalaman yang lebih selamat dan bersih.

Inilah pentingnya kualiti udara dalaman sekarang ini. Sesuai sangat kalau ada satu di rumah anda.

Untuk info anda,teknologi Panasonic nanoe™ yang terdapat dalam produk terutamanya penghawa dingin, telah terbukti berkesan untuk mengurangkan dan menghalang virus, bakteria, debunga, alergen dan bahan berbahaya lain yang boleh menyebabkan kesan buruk yang teruk kepada kesihatan kita.

Panasonic nanoe™ Air Conditioner (bernilai RM3,240).

Kena sangat dengan slogan Panasonic, “Quality Air For Life” untuk memberikan kehidupan yang lebih baik kepada anda serta slogan myNEWS yang “Always Welcoming, Delightfully Surprising” dalam kehidupan kita sehari-hari.

Daftar Sekarang!

Jadi anda jangan tunggu lama-lama, daftar sebagai ahli myNEWS hari ini dan muat turun aplikasi myNEWS yang terdapat di Google Play Store dan Apple store. Mana tahu mungkin rezeki anda untuk menangi hadiah dari Panasonic tu. Barulah syok!

Follow juga Facebook dan Instagram myNEWS Malaysia untuk tahu info dan promosi terkini dari mereka setiap hari. Lawati mynews.com.my untuk maklumat lebih lanjut.