fbpx

Umat Islam bakal menyambut Hari Lebaran tidak lama lagi, meskipun disambut dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) persiapan raya tetap dijalankan. Senang cerita apa pun jadi raya tetap raya.

Bukan sahaja dari kelengkapan pakaian dan biskut raya, hijab juga amat penting bagi wanita bertudung dan sudah semestinya anda mencari hijab baharu untuk dipadankan dengan busana raya anda nanti kan.

Bersempena Hari Raya yang bakal tiba ini, myNEWS Malaysia telah melancarkan kempen ‘Berbaloi, Bergaya dengan myNEWS!’ dalam bulan Mei ini.

Ahli myNEWS akan menikmati tawaran eksklusif apabila anda berbelanja di kedai myNEWS dan berpeluang memenangi hijab edisi terhad Naelofar yang bernilai RM99.90 untuk 100 pelanggan bertuah.

Jangan tak tahu, hijab dari Naelofar ini dah sold out di website Nealofar ya. Tapi anda masih lagi boleh grab hijab printed popular ni di myNEWS.

Bagi anda yang ingin rebut peluang memenangi hijab edisi terhad daripada Naelofar ini anda haruslah membeli mana-mana barangan dari jenama yang mengambil bahagian dengan pembelian minimum RM10 ke atas dalam satu resit.

Antaranya minuman dari Maru Kafe, Yeo’s Yogurt, F&N Seasons, F&N, 100PLUS, Coca-Cola, Milo, Sunkist, Authentic Tea House, Pepsi, Goodday, Hershey’s dan Nescafe. Pemenang mingguan akan diumumkan di laman media sosial myNEWS Malaysia.

Bukan itu sahaja, myNEWS juga membuka peluang kepada anda yang belum menjadi ahli myNEWS dengan mendaftar menjadi ahli myNEWS untuk menikmati pelbagai tawaran menarik.

Anda boleh memuat turun aplikasi myNEWS dari Apple Store dan Google Play Store. Untuk pendaftaran ahli kali pertama adalah percuma dan akan menerima 100 mata bonus yang bersamaan dengan RM1 dan ini boleh ditukar kepada wang tunai RM1 untuk pembelian segera.

Ahli baru juga dapat menikmati penyertaan berganda dalam peraduan ini. Di mana peluang untuk memenangi barangan ekslusif untuk kempen ini juga berganda.

Kelebihan lain sebagai ahli myNEWS anda juga layak mendapat hadiah percuma sempena hari lahir anda. Bukan itu sahaja, anda juga akan mendapat 5X mata bonus setiap 15 haribulan. 100 mata terkumpul dalam pertukaran mata hingga RM1 tunai dan kempen penebusan produk khas untuk ahli sahaja.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.mynews.com.my dan ikuti myNEWS Malaysia di Facebook dan Instagram untuk maklumat dan promosi terkini.