Kalau anda masih ingat insiden pergaduhan dua orang selebriti di kolam renang ketika pengambaran sebuah drama 7 tahun lalu — anda sudah tua. Kidding. Ianya kini sudah selesai & mereka sudah berbaik.

Laporan media hari ini menyebut yang Rita Rudaini & Lisdawati masing masing sudah pun membuang yang keruh dan mengambil yang jernih selepas tujuh tahun hubungan mereka yang tidak rapat.


“Apa yang berlaku itu biarlah berlalu dan saya hormat dia sebagai pelakon yang lebih senior daripada saya. Diharap, tiada sesiapa yang akan mengungkit perkara lama itu,” ujar Lisdawati.

Kedua dua pelakon ini turut di’gandingkan buat pertama kali semenjak tahun 2006 dalam sebuah drama bertajuk Kerana Sarah.

Yang menarik perhatian kami adalah kenyataan Rita Rudaini yang melarang kehadiran suami Lisdawati, Fauzi Nawawi di mana mana lokasi penggambaran yang melibatkan diri beliau.

“Dalam masa yang sama saya tidak mahu Fauzi (Nawawi) ada dalam apa juga penggambaran yang saya lakukan atas sebab yang tidak dapat saya kongsi kepada umum,” kata Rita Rudaini.