fbpx

“Benci & Makilah Sepuasnya, Aku Anggap Ini Ujian”

Meskipun sudah beberapa hari Anugerah Juara Lagu 33 melabuhkan tirainya, namun ia masih menjadi buah mulut orang ramai. Tidak kurang juga masih ada segelintir netizen mempertikaikan kemenangan lagu Bunga yang dinyanyikan oleh Ara Johari.

Menerusi Instagram, Ara ada memuat naik foto persembahannya di AJL beserta kapsyen seakan ditujukan kepada netizen diluar sana yang mengkritik dirinya.

BACA: Haram Bergelar Juara Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33)

Kapsyen tersebut seolah menunjukkan Ara tidak mudah melatah dan tidak terkesan dengan segala kutukan serta kritikan yang dilemparkan terhadapnya. Ujarnya lagi, dia menganggap ia adalah ujian di atas rezeki yang diterima.

Seperti sudah dijangka, diruangan komen perkongsian tersebut masih ada segelintir netizen berterusan mengutuknya.

Bagaimanapun rata-rata peminat dan rakan artis memberikan kata-kata semangat kepadanya agar tidak mempedulikan dengan segala kritikan dan terus berjuang dalam industri muzik tanah air.