Haram Bergelar Juara Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33)
Lagu ciptaan Hael Husaini dan lirik Ezra Kong berjudul Haram muncul juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, malam tadi.
Dengan kemenangan lagu yang dinyanyikan Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah, mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan sebuah trofi.
Naib Juara dimenangi komposer Hang Nadim, Laq, Kadok dan lirik oleh Hang Nadim dengan lagu Bunga yang dipersembahkan penyanyi Ara Johari. Mereka menerima wang tunai RM35,000 beserta trofi.
Tempat ketiga disandang lagu Sampai Bila ciptaan Sharon Paul dan lirik ditulis oleh Fedtri Yahya & Shah Shamshiri nyanyian Misha Omar. Mereka menerima wang tunai RM20,000 dan trofi.
Sementara itu, Misha Omar juga turut berjaya memenangi kategori Vokal Terbaik, dan telah membawa pulang wang tunai RM12,000, dan trofi.
Seperti yang dijangkakan penyanyi Sufian Suhaimi yang menyampaikan lagu Di Matamu telah melayakkan dirinya menerima trofi Persembahan Terbaik serta menerima wang tunai RM12,000 trofi dan sebuah telefon pintar kamera kuad, Samsung Galaxy A9.
Persembahan 12 finalis AJL diadili 10 juri profesion pelbagai latar belakang iaitu Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Wah Idris, Manan Ngah, Helen Yap, Ajai, Lok Yu, Ly, Ag Coco, dan Adi Priyo. Manakala Azmeer bertindak sebagai ketua juri.
Segmen pembukaan dimeriahkan dengan persembahan Search dan DJ Fuzz. Manakala segmen Intermission pula dibawakan khas oleh Samsung dari penyanyi BBNU Sarah Suhairi, Ismail Izzani dan Nabila Razali dengan lagu Seribu Impian. Segmen terakhir iaitu Interlude dihangatkan oleh Nico, Juzzthin, Balan, Lil J, Zizi Kirana, Aman Ra, Joe Flizzow, Sonaone dan Alif.
AJL 33 mengekalkan gandingan hos Alif Satar dan Sherry AlHadad yang tidak pernah mengecewakan penonton dengan gelagat mereka yang bersahaja. (rtky/h)
lajuu
Misha hanya guna prop muka dia je…menang. Yg korang bawak 1 bas rombongan sekolah.
Komen Jujur: Pandangan Sendiri lagu Semakin
1. Terlalu bnyk improvised terutama last sekali tu…memburukkan lagi keaslian lagu ni… 2. Lirik best tapi improvisation lagu ni membuatkan bait² lirik ni jadi x matching… Vokal 1. Kawalan suara terlalu berhati² sehingga bnyk pitching… 2. Bnyk meneran sngt…jadi jelek suara 3. Headvoice ke soprano ntah….serius x menjadi…bingit sngt dgrnya….kejap garau kejap soft, kejap bedengung. [Markah: 65.34/12%]?
Terbaiikkkkkk!!!!
Tahniah la…
Tapi i lebih puashati kalau lagu lain yg jadi juara lagu
Malang i bukan juri …>.<
Terbaik TAHNIAH DYG ! PENYANYI ADA CLASS !
Ckit..rm 20 k
Mlm rm 500 000
kureng tajaan ke..
Pelawak…asyuk upernye kat malaysia…?
Dulu pernah ada org ckp sbb lawak hanya blh buat sekali … klu buat 2 kali jd hambar .. lagu nyanyi byk kali pun tak apa, and royalti diorg byk
Mlm 500 00 u olls..ajl 20 00 only…kejadahan pe nie..
Dayang mmg sedap suara dia…Hael pun ok…si Misha pun merdu…tapi tak boleh lawan Fazura…ada mcm bunyi2 garu…garu…hahaha
X psl2 nk buat dosa ko ni. Bodoh bertingkek2. Diorg happy, rezeki melimpah ruah ko hati makin sakit tngk kebahagian diorg. Siannyer loser mcm ko ni…
Both of you deserved it! Suara sedap dan prsembahan rare..siap bwk hujan kat pentas..terbaikk!
loyalti…lain citer..but why rm 20 000 jer…u olls..mcm cikai..wtf
Walaupun x mnat nk tgk ,sy rsa dyang pnguat nya.anywy,mmat tu da gmuk ke cmne?
Sumbang banyak tempat…suara kejap kecik kejap beso…. Baju x kene dengan turban mak2 tu Makeup pon tak cantik…habis gagal.
Lagu gay Hael dkt laki dia yang duda tuu