fbpx

Ben Amir Suka Wanita Comel, Minat Main Gim

Perkongsian Ben Amir memuat naik foto sijil kursus kahwin di media sosial menjadi perhatian apabila ada yang membuat andaian pelakon itu bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Memetik mStar Online, Ben berkata dia belum lagi memikirkan soal kahwin serta kini gembira dengan kehidupan bujang dan mahu memberi fokus pada kerjaya lakonan.

BACA: Shooting Belum Habis Dah Cabut, Ben Amir Setuju Bayar Ganti Rugi RM100,000

“Saya ikut kursus itu semasa waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu dan sekarang baru terima sijil, lambat lagi kalau nak kahwin pun.

“Selepas dua tahun baru dapat ambil sijil tu, saya saja nak kongsi ada sijil kursus kahwin, buat masa ini saya nak fokus kepada filem aksi pertama dan idam untuk berlakon banyak lagi watak lain.

“Tak fikir nak kahwin lagi sebab saya pun masih lagi muda baru 33 tahun, happy saja hidup bujang ni dan keluarga pun tak ada tanya atau letakkan tekanan pada saya,” katanya.

Ditanya sama ada Ben sukakan wanita comel, pandai memasak dan minat ke gim, pelakon itu mengakui perkara tersebut. 

“Betul, tu betullah, semua orang ada taste masing-masing.  Saya sukakan wanita main gim kerana dari segi mentaliti sebab saya juga seorang yang menjaga kecergasan.

“Jadi apabila bercakap soal kecergasan ni sebenarnya membabitkan mentaliti dan juga disiplin, itu yang saya suka,” katanya.