fbpx

Pelakon Ben Amir terpaksa membayar RM100,000 ganti rugi kepada syarikat produksi Elisa Vision Sdn Bhd selepas melanggar kontrak bebagai pelakon dalam ‘Drama Demi’ pada tahun 2021.

Memetik mStar Online, persetujuan dicapai kedua-dua belah pihak di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, Tasnim Abu Bakar.

BACA: Jarang Kongsi Aktiviti Di Media Sosial, Ben Amir Nak Nampak Mahal

Ben Amir setuju membayar jumlah RM100,000 dengan lima kali bayaran secara ansuran sebanyak RM20,000 bermula 10 Mei depan.

“Sekiranya defendan (Ben Amir) gagal membayar RM100,000, maka jumlah asal dalam kes saman itu seperti yang dituntut plaintif (Elisa Vision) sebanyak RM211,477 dikembalikan.

“Mahkamah juga merekodkan defendan menarik balik pernyataan tuntutan balas yang dikemukakan terhadap plaintif,” katanya.

Sementara itu, Ben yang ditemui di luar makamah enggan mengulas lanjut mengenai perkata itu. Dalam pada itu, penerbit Elisa Vision Sdn Bhd, Datin Mahfuzah Zakkiah Abdain meluahkan rasa syukur isu berkenaan dapat diselesaikan dengan baik.

“Alhamdulillah, saya bersyukur isu ini dapat diselesaikan secara baik. Saya pun sudah memaafkan dia atas apa yang berlaku. Bagi saya, ini berkat Ramadan. Dia pun orang yang baik dan saya tiada masalah dengannya kerana semua sudah selesai,” katanya.

Pada 27 Mac 2020 pihak produksi mendakwa pelakon Ben Amir pulang ke Malaysia secara sendirian meninggalkan kesemua kru produksi dan pelakon yang sedang menjalankan penggambaran di Scotland kerana ketika itu wabak Covid-19 sedang merebak.

Tindakan itu dianggap tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri kerana penggambaran tersebut belum selesai.