fbpx

Ben Ali, Nadiyah Shahab Amal Hidup Sederhana

Umum mengetahui, pelakon Ben Ali dan isterinya, pelakon Nadiyah Shahab mempunyai perniagaan kek diberi nama Absolut Brands. Ben mendedahkan dia dan isteri mengambil bayaran gaji selepas syarikat itu ditubuhkan.

Memilih gaya hidup sederhana dan tidak bermewah-mewah, Ben berkata gaji bulanan mereka tidak tinggi, cukup sekadar untuk perbelanjaan tetap.

BACA:Ben Ali, Nadiyah Shahab Diiktiraf Individu Paling Berjaya Di Malaysia

BACA:

“Saya dengan Nadiyah ambil gaji bulanan, tetapi gaji yang kami ambil rendah sahaja. Ada gaji pekerja yang lagi tinggi dari gaji kami.

“Bila dah ambil gaji, saya cakap tak nak banyak. Cukup sekadar untuk belanja makan, pakaian dan keperluan asas. Kami sengaja praktikkan kehidupan yangs sederhana dan tidak melebih-lebih,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ben berkata kebajikan pekerja sentiasa menjadi keutamaan serta sering mengingatkan bahagian Pengurusan Sumber Manusia (HR) untuk segera menyelesaikan pembayaran gaji.

“Saya dan Nadiyah memang tak suka bayar gaji pekerja lambat. Kami selalu ingatkan HR untuk segera uruskan gaji pekerja,” katanya.