fbpx

Ben Ali, Nadiyah Shahab Diiktiraf Individu Paling Berjaya Di Malaysia

Pasangan pelakon Ben Ali dan Nadiyah Shahab meluahkan rasa syukur apabila diiktiraf antara individu paling berjaya di Malaysia oleh sebuah syarikat penerbitan berpangkalan di United Kingdom, Britishpedia.

Menerusi jurnal terbabit, Ben dan Nadiyah diletakkan sebaris dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Tan Sri Tony Fernandes.

BACA: “Wajah Saya Semuanya Asli & Bukan Plastik”

Memetik Astro Gempak, antara tokoh Selain itu, antara tokoh lain yang turut diiktiraf adalah tokoh perbankan terkemuka negara, Tan Sri Azman Hashim dan aktres Datuk Michelle Yeoh.

Dalam pada itu, Ben berkata ia merupakan penghargaan terbesar memandangkan mereka masih baru lagi berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dan banyak lagi perkara perlu diperlajari.

“Terima kasih kepada Britishpedia, syarikat penerbitan antarabangsa berpengkalan di United Kingdom yang telah mengiktiraf saya & isteri untuk berada sebuku bersama tokoh-tokoh hebat yang lain.

“Ia merupakan satu penghargaan terbesar bagi kami berdua yang baru setahun jagung di dalam dunia keusahawanan. Masih banyak lagi yang perlu kami pelajari & perbaiki.

“Penghargaan kecil ini sedikit sebanyak membuatkan kami lebih bersemangat untuk mendaki dan berbakti,” katanya.

Untuk pengetahuan anda, Ben mengusahakan perniagaan jenama Absolut Chocolat, Absolut Food Festivaala dan Absolut Management di bawah syarikat Absolut Brands Sdn. Bhd.