fbpx

Belum Sedia Berkahwin, Hafiz Suip Sorok Identiti Teman Wanita Baru?

Pelantun lagu Bahagiamu Deritaku, Hafiz Suip memberitahu bahawa dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang gadis yang katanya masih bergelar pelajar di sebuah IPT tempatan. Dalam kata lain, teman wanita baru. Heh.

“Saya akui berkawan dengan seorang wanita dan sebelum ini saya pernah bersamanya ke MLM kemungkinan dari situlah ramai orang melihatnya. Apa yang ingin saya beritahu ialah bahawa kami masih dalam proses berkawan dan saling mengenali hati budi”

“Lagipun dia kini masih belajar dan kalau boleh saya tidak mahu (hubungan kami) menjejaskan pelajaran dan privasinya,” ujarnya ketika ditemui di majlis kesyukuran yang diadakan di hotel Hilton, KL Sentral semalam.

BACA: Hafiz Suip Belum Rasa Pencapaian Diri Setaraf Datuk Siti Nurhaliza

Perkenalannya bersama gadis itu sebenarnya sudah bermula sejak 4 tahun yang lalu dan Hafiz berharap perhubungannya itu direstui oleh kedua-dua belah pihak ibubapa. Dia juga mengakui yang dia telah membawa rakan wanitanya itu berjumpa dengan kedua-dua ibubapanya, dan setakat ini nampaknya hubungan itu berjalan lancar dan direstui.

“Saya sudah mengenalinya lebih 4 tahun, dan nampaknya kami mempunyai keserasian. Saya sebenarnya suka seseorang perempuan yang boleh memahami kerjaya saya dan yang paling penting sekali hormat kepada kedua-dua ibubapa saya.

“Secara jujurnya setiap perkenalan sememangnya saya akan bawa mereka untuk bertemu dengan ibubapa saya. Restu mereka amatlah penting dalam apa sahaja yang kita lakukan termasuklah dengan kerjaya kita”

“Alhamdulillah, setakat ini ibubapa saya boleh menerimanya dan hubungan kami tidak ada masalah. Walaubagaimanapun, saya tidak boleh mendedahkan identiti dia terlebih dahulu kerana menghormatinya, tetapi bukanlah untuk menyorokkannya”

“Hubungan yang belum boleh dijelaskan kerana kita tak tahu apa yang akan jadi selepas ini, sekiranya betul-betul saya bercinta atau mahu berkahwin saya akan memberitahu kepada semua peminat dan media-media,” katanya.

Sasar Kahwin Sebelum Umur 30 Tahun

Hafiz Suip juga tidak merancang untuk mengakhiri zaman bujangnya dalam masa yang terdekat ini, kerana targetnya kemungkinan besar 3 tahun dari sekarang ataupun sebelum umurnya mencecah ke angka 30 tahun.

“Belum terfikir untuk berkahwin lagi kerana saya mahu focus pada kerjaya terlebh dahulu dan kemungkinan besar selepas 3 tahun daripada sekarang ataupun sebelum umur saya menjangkau 30 tahun,” tambahnya lagi.

Sementara itu, majlis kesyukuran Hafiz yang diadakan bersempena kejayaannya merangkul beberapa anugerah industri tanah air ini, turut dihadiri oleh Pegawai Kewangan Astro, En Rozaini Mohd. Sani serta kedua dua ibubapa Hafiz iaitu Puan Halizawati dan En Mohd Suip. (rtky/hfz)