Belum Sampai Malaysia, Farah Lee Minta Izin Nak Sertai Misi Lagi

Meskipun baru saja dibebaskan selepas ditahan tentera Israel, namun ia tidak mematahkan semangat aktivis kemanusiaan, Farah Lee untuk terus menyertai misi ke Gaza.

Menerusi satu perkongsian, suami kepada Farah iaitu Fuad Hashim dilihat ada memuat naik hantaran memaparkan tangkap layar perbualan WhatsApp bersama isterinya.

BACA: Hadir Majlis Bekas Isteri, Ally Iskandar Sejuk Hati Tengok Wajah Suami Farah Lee

Dalam mesej berkenaan, Farah mengatakan dia mahu menyertai lagi misi ke Gaza dan suaminya turut menulis kapsyen isterinya sudah meminta izin meskipun belum lagi pulang ke Malaysia.

Farah antara 23 aktivis Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) sebelum kumpulan itu ditahan oleh tentera di perairan antarabangsa berhampiran Gaza.

×