Bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi, pasti ramai tidak sabar menantikan kelahiran anak perempuan pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Tidak sabar menantikan kehadiran zurat pertama itu, Ayda dan Nabil meluahkan rasa syukur di atas rezeki diberikan dan berharap proses kelahiran dipermudahkan.
BACA: Ayda Jebat Dikecam Pilih Bersalin Secara Pembedahan
“Bersyukur kepada Allah di atas rezeki kurniaanNya. Jika ditanya tentang perasaan ketika ini tentunya gembira, teruja, berdebar dan semuanya bercampur baur.
“Kami cuma berharap agar semua urusan berjalan dengan lancar dan dipermudah,” kata Nabil.
Ditanya mengenai perancangan selepas bayi dilahirkan, Ayda turut meluahkan rasa syukur sudah pun menerima beberapa tajaan buat anak mereka.
“Alhamdullilah, walaupun ‘dia’ belum lahir kami sudah terima beberapa endorsement. Kami pun terkejut tapi itulah rezeki dia.
“Dan sekarang ini pun kami terima banyak sponsor barang kelengkapan bayi daripada kereta sorong, katil dan semuanyalah. Kami tak pernah duga akan diberikan rezeki ini. Syukur Ya Allah,” katanya.
Terdahulu, Ayda memaklumkan memilih kaedah pembedahan untuk melahirkan anak sulungnya itu.