fbpx

Ayda Jebat Dikecam Pilih Bersalin Secara Pembedahan

Bakal melahirkan cahaya mata pertama tidak lama lagi, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat membuat keputusan untuk bersalin secara penbedahan Caesarean.

Tetap dengan keputusannya, Ayda turut mempersoalkan mengapa ramai mengecam tindakannya untuk melahirkan secara penbedahan berbanding secara normal.

BACA: Ayda Jebat, Nabil Mahir Tak Kisah Jantina Anak

“Saya baca ramai yang DM dan komen dekat few page, yang kata ‘Czer? Tak real la jadi ibu’ ‘Macam mana nak jadi ibu kalau kau beranak pun operate’ ‘Kalau operate confirm tak keluar susu, tak breastfeed kesian anak dia’ ‘Ikut tingkap ke? Malunya’ dan banyak lagi. Saya taknak comment about that. I’m here to spread positivity,” tulisnya.

Ayda turut menyarankan kepada bakal ibu supaya tidak perlu takut atau malu diperlekehkan disebabkan melahirkan anak secara pembedahan kerana tujuannya tetap sama untuk selamatkan ibu dan anak.

“Normal atau czer, tujuannya sama, nak anak dan ibu selamat dan sihat. Doa yang baik-baik, stop negativity! Kita perlu sokongan, bukan cemuhan.

“Keluar kat mana pun, breastfeed ke tak, takde stretch marks ke tak, perut masa mengandung kecik atau besar ke tak, please remember…anda tetap seorang ibu,” tulisnya.