fbpx

“Belum Kahwin Dah Main Dukung-Dukung, Pegang-Pegang”

Sedang hangat bercinta dengan pelakon berdarah kacukan, Dini Azan Schatzmann, perkongsian terbaru pelakon dan penyanyi Janna Nick di Instagram menjadi perhatian netizen.

Lebih hangat apabila aksinya didukung oleh teman lelaki dalam video tersebut disifatkan keterlaluan dan kurang sopan oleh netizen.

BACA: Janna Nick Gelar Netizen Beruk Gara-Gara Pertikai Kualiti Filem Tempatan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Meskipun niat Janna berkongsikan video tersebut sekadar hiburan, namun netizen kurang senang dengan tindakan tersebut memandangkan pasangan itu belum mempunyai ikatan yang sah.

Malah, di ruangan komen, rata-rata netizen menegur tindakan pelakon tersebut apatah lagi dia merupakan seorang selebriti yang sepatutnya menunjukkan contoh yang baik terutama kepada anak muda.

Walaupun banyak komen teguran diberikan, namun Janna dilihat tidak mendendahkan kata-kata netizen terhadap dirnya.

Dalam pada itu, menerusi satu perkongsian terdahulu,  Janna turut memuat naik sekeping gambar bersama teman lelakinya dengan menulis tarikh ‘istimewa’ 2.2.2021 di ruangan kapsyen. Rata-rata netizen membuat spekulasi mungkinkah Janna bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.