fbpx

Belum Cukup Kaya, Iqbal Mengaku Kalah Dengan Siti Nurhaliza

Dek kerana sikapnya yang dikatakan menunjuk-nunjuk kekayaan, ada yang membandingkan usahawan sensasi Ahmad Iqbal jauh beza dengan sikap penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang tetap rendah diri.

Menyedari perbandigan yang dilakukan oleh netizen, Iqbal berkata dia mengakui penyanyi itu jauh lebih berjaya daripada dirinya seperti langit dan bumi.

BACA: Menyampah Sangat Sampai Muka Iqbal Disunting Jadi Anjing, Babi

“Yang pijak duit tu bukan setengah orang tetapi saya seorang sahaja, tak boleh bandingkan saya dengan Datuk Seri Siti, jaih langit dengan bumi, beliau sangat berjaya.

“Saya tak kaya pun belum mampu lagi beli jam yang harga berjuta, sikap (kami) pun jauh beza. Doakan saya lebih baik ya, kalau tiada netizen mengecam, mungkin saya tidak akan belajar sesuatu,” katanya.

Dalam pada itu, Iqbal sempat memohn maaf jika kelakuannya sebelum ini mengundang kemarahan netizen serta menerima segala kritikan dengan hati terbuka.

Terdahulu, penampilan Siti Nurhaliza di acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) menjadi perhatian apabila menggayakan jam angan mewah jenama Richard Mille dianggarkan bernilai RM1.1 juta.