fbpx

Belajar Dari Kesilapan, Bella Dally Tak Mahu Tayang Suami

Sejak bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Arif Izuddin pada 31 Mac lalu, Bella Dally dilihat jarang sekali memuat naik gambarnya bersama suami di media sosial.

Ramai peminatnya tertunggu-tunggu untuk melihat gambar terbaru atau perkembangan tentang pasangan tersebut selepas berkahwin. Malah ada netizen yang bertanyakan tentang perkara itu kepada Bella.

BACA: Bella Dally Sah Bergelar Isteri Ahli Perniagaan

Menjawab pertanyaan daripada netizen tersebut, Bella memberitahu untuk perkahwinan kali ini dia tidak mahu terlalu mendedahkan kehidupan peribadinya kepada umum. Katanya lagi, dia sudah belajar dari kesilapan lalu dan mahu lebih privasi.

“Memang sengaja tak muat naik sangat perkembangan mengenai kehidupan selepas kahwin. Saya menjadi lebih melindungi kali ini,” katanya melalui Insta Story.

Apa pun selebriti juga orang biasa dan ada pendirian mereka tersendiri. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk pasangan ini dan semoga kekal bahagia.