fbpx

Bella Dally, Suami Tawar Khidmat Sanitasi Masjid & Surau Percuma

Tidak hanya berpeluk tubuh sahaja sepanjang tempoh PKP, pelakon Bella Dally bersama suami,  Arif Izuddin turut berbakti kepada masyarakat dengan menjalankan projek sanitasi di kawasan surau dan masjid di sekitar ibu kota.

Turut memuat naik foto memaparkan kerja-kerja sanitasi di Instagram miliknya, Bella berkata dia kini sedang aktif melakukan khidmat sanitasi di beberapa buah masjid dan surau di Kuala Lumpur dan Selangor secara percuma.

BACA: Video Hamil Hanya Gimik, Netizen Bengang Dengan Bella Dally

https://www.instagram.com/p/B-1_C1qBVRa/?utm_source=ig_embed

Bella turut mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin membantu mereka membuat aktiviti kebajikan ini, dengan cara mendapatkan maklumat mengenai kawasan masjid dan surau yang perlu disanitasi.

Bella turut memberitahu segala kos termasuk alatan dan bahan-bahan pembersihan semuanya ditanggung oleh pihaknya dan pihak masjid dan surau tidak perlu membayar satu sen pun kepada mereka.