Pelakon Bella Dally yang baru sahaja berkahwin dengan aktor Nazim Othman berkata, mereka berdua belum sempat untuk berbulan madu seperti yang dirancang pada penghujung tahun ini memandangkan kedua-dua mereka masih lagi sibuk dengan jadual penggambaran yang padat.
BACA: Bella Dally Nafi Berita Sudah Hamil
“Honeymoon belum lagi, kalau mini honeymoon sudah ke Singapura sebelum ini. Setakat ini suami belum cakap apa-apa lagi. Saya tak kisah untuk ke mana-mana, tapi saya suka Eropah. Tidak kira di mana sahaja bumi Eropah saya suka,” katanya kepada Rotikaya ketika ditemui di majlis tayangan filem Desolasi.
Dalam pada itu, Bella memberitahu dia dan dan suami tidak merancang mengenai zuriat, tetapi hanya berserah pada rezeki. Sebelum ini, Instagram Bella telah dihujani dengan ucapan tahniah gara gara dia memuatnaik video berkaitan dengan kehamilan.
“Belum ada lagi, dan kami tidak merancang. Kalau ada rezeki adalah,” ujarnya ringkas. Apa pun, semoga satu hari nanti pasangan ini akan menerima berita gembira tentang kehamilan malah peminat juga dalam masa yang sama tidak sabar menantikan kehadiran cahaya mata pasangan ini. (rtky/h)