fbpx

Bella Dally Nafi Berita Sudah Hamil

Akibat memuat naik sebuah video berkaitan dengan kehamilan secara tiba-tiba di laman sosial, akaun Instagram Nazim Othman terus dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat yang teruja dengan berita tersebut. Bagaimanapun, isteri pelakon itu, Bella Dally menafikan perkara berkenaan namun turut meminta peminat mendoakan rezeki mereka untuk menimang bayi.

BACA: “Saya Serahkan Soal Anak Kepada Allah”

“Saya belum lagi hamil. Namun begitu, doakan semoga ia menjadi kenyataan, Insya-Allah. Dek kesibukan masing-masing jugalah sampai sekarang kami belum sempat berbulan madu. Tetapi insya-Allah, esok saya dan suami akan terbang ke Singapura. Ia boleh dianggap sebagai bulan madu mini kami berdua,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai perkara itu.

Sebelum ini Bella pernah menyatakan bahawa beliau dan Nazim lebih selesa menyerahkan soal zuriat kepada Allah dan tidak terlalu memikirkan perkara berkenaan. Tidak terlalu membuat perancangan mengenai soal kehamilan, Bella menganggap rezeki zuriat itu pasti ada walaupun cepat atau lambat dan mereka hanya perlu bersedia sahaja dengan segala kemungkinan.

Pasangan sama cantik sama padan ini telah mendirikan rumah tangga pada 10 September lalu. Bagaimanapun Bella yang masih aktif dalam dunia lakonan terpaksa lebih selektif memilih watak yang bersesuaian dengan statusnya sebagai isteri orang. Dalam masa yang sama, Nazim juga tidak menghalang beliau untuk terus melibatkan diri dalam dunia seni. (rkty/w)