fbpx

Bella Astillah Sokong Video Wanita Hempuk Skandal Suami

Baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial video dimana seorang wanita bertindak menyerang skandal suaminya. Video tersebut mendapat perhatian Bella Astillah yang menyokong tindakan wanita itu.

Menerusi video berkenaan, dua wanita menyerang seorang lagi wanita lain ketika bersama seorang lelaki yang dipercayai suami kepada salah seorang daripada wanita yang mengamuk itu.

BACA: Bella Astillah Beli MPV Mewah Baru Demi Keselesaan Anak-Anak

Sebelum ini berdepan konflik rumah tangga, Bella berkata sebagai seorang wanita dia memahami perasan wanita terbabit sehingga bertindak sedemikian rupa.

Dalam status di Twitter itu, Bella turut tertanya-tanya mengapa wanita perampas itu takut sehingga menyorok di belakang lelaki sedangkan sebelum ini tak takut pula berhubungan dengan suami orang.

Kenapa masa ni baru perempuan tu nak sorok belakang lelaki tu? Takkan takut pula sebab masa seronok-seronok tak takut pula lelaki tu suami orang,” tulisnya.

Dalam video itu, wanita yang sedang bersama lelaki terbabit dipukul, diterajang dan dibaling gelas kaca hingga pecah oleh wanita yang datang menyerangnya.

Terdahulu, Bella pernah terpalit dengan insiden seakan-akan sama dengan situasi video berkenaan di mana suaminya, Alif Aziz telah ditahan kerana didakwa memukul isterinya di sebuah pusat hiburan.