fbpx

Bella Astillah Beli MPV Mewah Baru Demi Keselesaan Anak-Anak

Baru sahaja menimang cahaya mata kedua 18 Julai lalu, pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkongsikan kegembirannya apabila hasratnya untuk memiliki sebuah MPV buat keluarganya akhirnya tercapai.

Berkongsikan berita gembira itu di Instagram, Bella yang juga isteri kepada penyanyi Aliff Aziz berkata dia membeli kereta itu demi memastikan keselesaan ahli keluarganya yang kini sudah semakin membesar.

BACA: Bella Astillah Pilih Nama Anak Kedua Ara Adreanna

“Sejak saya mengandung baby Ara hari itu, saya terfikir lepas ni berempat dah bermakna semakin besar keluarga kecil sata. Saya buat keputusan untuk memiliki sebuah kereta baru untuk keselesaan anak-anak.

“Lagi-lagi saya kalau pergi mana-mana suka bawa keluarga sampaikan bekas kawan baik saya cakap yang saya ini suka angkut keluarga atau satu kampung sana sini,” katanya.

Menerusi entri tersebut, Bella turut berkongsikan gambarnya bersama MPV miliknya jenis Toyota Vellfire berwarna putih.

Kata Bella, apa yang dilakukannya itu sebahagian daripada tanggungjawab sebagai anak sulung. Bella turut berterima kasih buat suaminya, Aliff Aziz serta ibu bapanya yang sentiasa memberi semangat kepadanya.

“Bila dengar (suka angkut keluarga) tu tak rasa marah pun tetapi saya bangga kearan saya masih ambil berat ibu bapa saya dan adik-adik walaupun sudah berumah tangga.

“Memang dari dulu memang macam tu sebab saya ni anak sulung dan sampai bila-bila pun akan kekal macam tu, Insya-Allah.

“Terima kasih suami, mama dan ayah yang selalu doakan saya dan bagi semangat. Alahmdulillah, rezeki anak-anak saya,” kongsinya.