fbpx

Bella Astillah Pilih Nama Anak Kedua Ara Adreanna

Selepas hampir dua minggu melahirkan cahaya mata kedua pada 18 Julai lalu, Bella Astillah mendedahkan wajah anak perempuannya yang diberi nama Ara Aderanna.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Bella meluahkan rasa syukur di atas kelahiran anak keduanya itu. Meskipun tugas seorang ibu sangat memenatkan namun dia berasa gembira.

BACA:  “Korang Sibuk Betul Pasal Pavithra, Kononnya Dia Bella Astillah 2.0?”

“Sangat berharga dan comel. Selamat datang ke dunia, puteri kecilku Ara Adreanna. Menjadi ibu membuatkan saya sangat penat dan sangat gembira! Saya rasa sangat bersyukur, Alhamdulillah,” tulisnya.

Isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz itu memuat naik gambar bersama dua orang anaknya yang diambil menerusi sebuah sesi fotografi. Malah, Bella turut mengenakan pakaian warna sedondon dengan anak-anaknya.

 

Dalam pada itu, Bella turut berterima kasih kepada ibunya, Eina Astillah yang menjahitkan baju untuk puteri kecilnya malam sebelum sesi fotografi diadakan.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden Adrean yang kini berusia empat tahun.

Sebelum ini, rumah tangga pasangan ini pernah dilanda badai dan sah bercerai pada Mei 2019 namun rujuk kembali dalam tempoh edah.