“Korang Sibuk Betul Pasal Pavithra, Kononnya Dia Bella Astillah 2.0?”
Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga YouTuber terkenal, Sugu Pavithra apabila suaminya didakwa mencederakan isterinya. Susulan itu, Pavithra dilabel sebagai Bella Astillah 2.0′ oleh netizen.
Tampil mempertahan Pavithra, Bella Astillah mengatakan netizen tidak sepatutnya menghakimi seseorang itu di atas apa yang berlaku dalam hal rumah tangga dan setiap keputusan yang perlu dibuat bukan boleh diambil mudah.
BACA: Sugu Pavithra Padam Semua Video Di YouTube
“Korang sibuk betul pasal Pavithra dan samakan dia dengan kita kononnya, dia Bella Astillah 2.0. Hanya kerana dia memilih untuk maafkan suami dia?
“Anda nak dia buat keputusan yang macam mana? Bercerai terus? Tak payah fikir pasal anak-anak? Pasal rumah tangga? Pasal keluarga?” tulisnya.
Ujarnya, hal perkahwinan bukan boleh diambil mudah kerana ia melibatkan kedua belah keluarga. Bella berkata dia juga tidak faham dengan apa yang netizen mahukan sehingga perlu menentukan keputusan orang lain.
“Bukan senang nak buat keputusan. Perkahwinan bukan macam main masak-masak dan membabitkan keluarga. Anda, nak mereka bercerai? Lepas tu, baru anda nak bersorak? Tak faham apa yang warganet nak.
“Bila orang bergaduh, suruh fikir tentang kebaikan pasangan dan anak-anak, tapi bila orang berbaik pula, suruh bercerai?” tulisnya.
Dalam pada itu, Bella mengajak netizen supaya menilai diri sendiri terlebih dahulu kerana tiada sesaiapa pun tahun tentang apa yang akan terjadi di masa hadapan.
Bella turut mengingatkan netizen sedar tentang apa yang dimiliki oleh kita selama hari ini hanyalah sementara. Katanya lagi, hidup ini ibarat roda dan kita tidak akan bahagia selamanya.
Kata2 kita yg menunjukkan jika hati kita bersih atau buruk. Apa gunanye berpakaian mengikut syariah kalau percakapan pun tak melambangkan islam
Pilihan di tangan sendiri. Pandangan masing2 berbeza. Kekuatan atau kelemahan diri tentu tak sama juga.
Mmm,mungkin sbb domestic violence kot..so semua org bagi pendapat..okey nye pendapat org ramai ni sbb domestic violence bukan benda2 kecik…ada akta undang2 dik oiii….
Kebanyakkan org pompuan mcm tu laa lps kna rayu, kna pujuk mmg mengalah sanggup berkorban. Sbb tu kebanyakkan org pompuan sering do jadikan korban oleh suami yg x bertanggungjawab! Nk wt cmne dah mrk sanggup jd korban. Kita tngk jek laa..
Baik follow Kenchana Dewi.. best juger resipi nye.
Kalau korang perasan, fake fb page sugu pavithra tu ada promote YouTube kakak ipar dia. Aku rasa ni mesti kakak ipar dia yg buat fake fb page tu. Kes dengki lah ni. Ntah2 dia yg pegi hasut si sugu tu. Muka pun cam taik je. Dahlah masak tu, kuku panjang pulak. Copycat sugu pavithra. Dasarrrr
Keganasan rumahtangga akibat dadah, mabuk, panas baran yang itu orang tak sokong ye Bella sayang. Kalau dah cacat atau mati benda tak boleh bawak bincang dah masa tu. Peluang apa nak bagi kan? Tu untung cedera ringan dan hidup lagi. Takkan masyarakat/netizen nak komen “Normal la tu Pavithra, suami awak tersentap. Maafkan je la, demi anak-anak” tak ke bagi mesej yang salah. Maksudnya seseorang tu dibolehkan bertindak ganas ke atas orang lain ketika “marah”?? Nak jadikan new normal, suami yang melayan isteri dengan tidak baik dan meletakkan anak-anak di dalam risiko “phobia, trauma, depressi” akibat menjadi saksi keganasan rumahtangga?? Itu lebih baik dari anak-anak tak ada bapak??? Bella faham tak yang orang marahkan apa sekarang?? Bukan tuju kat SUGU tu sorang tapi ada ramai lagi SUGU di dalam dunia ni, yang menyalahgunakan hak seorang suami dengan penuh EGO+KEJAM. Esok anak besar jadi paranoid atau ganas juga sebab itu yang role model dia tunjuk. Siapa lagi kalau bukan SUAMI TERSOHOR yang SI IBU pertahankan sangat. Kitaran keganasan tu akan berulang……..NAK KENA SUPPORT JUGA KE KEGANASAN DALAM RUMAHTANGGA NI??? Orang lain mabuk goyang kepala cucuk langit, dia ni mabuk cari bini bawak sabit!!!! Kalau waktu tu tersipi kena kat anak apa, baru nak meraung “Amma Appa Ayoyoooooo”??? Violence tetap violence sama ada kau fames ke tak, once suami kau pukul dan cederakan kau takde sebab kau nak rasa “anak aku perlu dibesarkan oleh lelaki seperti ini”
Sikap suka pukul bini ni satu ketagihan sebenarnya. Ia bad habit yg dilalukan oleh pembuli yg suka tunjuk dominant pd org lemah yg x melawan balik. Jd elok bg isteri belajar tomoi ke mma ke silat ke jd bila suami Cuba berlagak samseng taik kucing Kita belasah dia balik baru dia tau dgn sapa dia lwn. Buli dan keganasan rumahtangga berpisah tiada!
Setuju betul apa yg ‘suara ramai’ said above.
Bella, kalau mcm tu bukan bina rumah tangga dik oii ..bukan juga bina keluarga. Itu namanya seorang ibu/istri sedang membina ahli keluarga yg tidak sihat..haru biru!..dek kerana memaafkan selalu.. anak2 yg jadi habuan sepak terajang pukul..dek kerana nk pertahankan rumah tangga konyon.
Walaupun kes sugu dgn alif ni melibatkan pemabuk tp alif x pukul bini dia Bella! Alif cuma buat perangai diluar rumah. So ada beza Tu netizen bengong!
Perempuan selalu jatuh simpati pada suami. Akak pun sama. Hakikatnya suami tetap tak berubah. kluarlah dari perkahwinan yg toksik sebelum anak2 membesar dan melihat tingkah ibubapa. Traumanya lagi teruk nanti.
Masalahnya domestic violence .esok esok boleh jadik anak dia pulak kena tibaii tak pun maut terus .tak sama dengan kes kau laki miang . Kau ni nak bagi statement pun janganlah tunjuk sangat jenis tak cerdik mintak perhatian.
nanti kata muda lagi jenis social media influencer wannabe/gila glamer tak makan garam lagiii tau pulak marahh .
Awak tu dlm pantang. Pikir bnyk nanti meroyan pulak. Bukan masalah kau pun. Yg kau p gatal support pavi buat pa? Your marriage life pun bukan bagus pun. Jadi sempadan kpd org2 muda lain yg kawin awal. Konon nak lagak mcm motivator pulak dah. Geli ..
Perempuan bukan hamba lelaki bernama suami.
Haah. Aku perasan gak fake fb page tu. Copycat kuku panjang. Pengotorrr. Sugu pavithra is da best!!
nursejadiah..dah netizen petik nama dia.. bgus la dia bg yg positive… org dh bkhwin dan pk hal ank saja yg paham.. bnyak sudut nk kena pk
alaahh jaga ank jela..sibuk ngn hal org..tgh pantang tu..
Aku tak faham dgn alasan , pompuan kalau dah berkawin dan mahu bercerai mesti pikir psl ank dulu even when you are in an unhappy marriage or if you are a battered wife.
Lagi bagus ank2 membesar tanpa bapa gitu. If the mother is happy, the child will be too.
Pompuan yg mesti fikirkan pandangan org lain dulu spt ibu bapa, mertua , ipar duai sebelum hati , fikiran dan badan sendiri amat kasihan. Kita boleh mendengar nasihat dan pandangan, tetapi , jgn biarkan diri kita terpengaruh. Tentu sekali kita tahu apa yg lebih baik utk diri sendiri. Kadang2 , biar org lain anggap kita selfish. Yakin lah dgn diri sendiri .
Ramai pakar-pakar tahap tahap MBA beri komen kat sini ya. hebat!
hati manusia lain2, tgk je la nnti kalau allah bg ujian dkt kamu pula…. jgn selalu mndonggak ke langit.. kalau itu dh pilihan, kita doakn baik2..