Bella Astillah: Perkataan Meroyan Tak Manis
Beberapa hari lepas terjadi apabila kakak kepada Afifah Nasir, iaitu pelakon Anzalna Nasir pula telah berbalas komen bersama peminat dan komen itu telah menyebut mengenai perkataan ‘meroyan’ merujuk kepada Bella Astillah. Akibatnya, Anzalna dikecam dari pelbagai pihak.
BACA: Aliff: Pihak Sana Jangan Tegakkan Benang Yang Basah
“Saya pun tak tahu ‘meroyan tu apa. Perkataan ‘meroyan’ itu tidak manis atau tidak sesuai dilemparkan terutama jika dia datang daripada sesiapa yang belum merasai pengalaman melahirkan anak,” katanya ketika di majlis sidang media petang kelmarin.
Tambahnya lagi perkataan itu begitu sensitif membuatkan keluarganya di Sabah turut terkesan akan perkataan ‘meroyan’ yang dikaitkan dengan ketidakstabilan emosi dalam kalangan wanita lepas bersalin.
Dalam pada itu, Bella meminta pelakon Afifah yang dikaitkan dengan suaminya Aliff Aziz supaya menjauhkan diri daripada suami dan keluarganya, serta berharap Aliff berpegang pada janji untuk tidak mengulangi perangai sama seperti yang dikatakan sewaktu dibebaskan daripada tahanan reman.
“Saya berharap dengan kejadian ini dapat memberi pengajaran bukan sahaja untuk Aliff tetapi semua orang di luar sana yang mempunyai keluarga. Saya tidak mampu untuk mengatakan bahawa saya telah memaafkan wanita itu kerana hati saya masih sakit”
“Saya maafkan Aliff kerana dia suami saya dan bapa kepada anak kami. Untuk Afifah, biarlah masa yang menentukan,” katanya. (rtky/h)
Anzalna mana anzalna..lain kali bodoh piang tu simpan sendiri. Jangan nak bajet bagus. Kan dah malukan diri sendiri.
Kata Anzalna Nasir:-
Ramai netizen datang menghamburkan kata-kata yang kurang elok dan biadap di ruangan komen saya. Sebagai seorang manusia biasa, siapa yang gembira apabila membaca banyak komen negatif yang datang bertubi-tubi?
Perkara itu menjadi satu provokasi dan menimbulkan kemarahan. Apabila dalam kemarahan, ayat yang tidak sepatutnya akan keluar dari mulut kita.
Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata kepada semua pihak, termasuk pihak sana
Ko biai betui ni dari Ajalnal.
Anzalna should stay silent, takyah masuk campur. Bila Aliff sendiri keluar kan statement mcm tu, rasa memalukan diri sendiri jee sebab membela yang salah. Semoga adik beradik Anzalna di Rahmati Allah SWT.
Balik sabah laa bella oii biar si alip ni kerja kat rtm sabah ker….era sabah ker… malim gunung kinabalu pn ok jugak…..
Nak muntah hijau plak tgk alip ni..
Ajalnal ngn pipah skrg ni yg meroyan plak…nmpk sgt nk cover rase bsalah tu.
Laki klu da biasa sentuh ko sblom kawen tanpa ad ikatan masa tu…x mustahil dia akan sntuh perempuan lain gak pas kawen…masa ko bercinta dlu x igt.,da mcm laki bini da tgok gayanye,..entah bpe byk kali da ko main masa tu…jd nak harapkan ap???? Main ngan ko masa tu x dosa??? Bercinta ngan perempuan lain skrg ni baru dosa???
TENGOK BAHASA TUBUH EXPRESI MUKA….
TAK SAMPAI 8 TAHUN CERAI NI.. MACAM2 KONTROVERSI….
NI CUMA BABAK2 FASA SEOLAH BAHAGIA MASIH SAYANG GITUUUUUU…
BABAK SETERUSNYER AKAN LAGI TERUK…
TENGOK JE LER…..