fbpx

Bella Astillah Nafi Sindir Fesyen ‘Kampung’ Sophia Albarakbah

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah menafikan dakwaan perkongsiannya di Insta Story baru-baru ini menyindir busana digayakan aktres, Sophia Albarakbah ketika di ABPBH35.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Memetik Kosmo, Bella berkata setiap apa yang dimuat naik di media sosial miliknya tidak ditujukan kepada sesiapa.

BACA: Netizen Tegur Penampilan Adik Bella Astillah

“Siapa yang cakap saya sindir? Saya tak mahu komen mengenai hal tersebut.  Macam yang semua tahu, setiap perkara yang saya muat naik dalam Instagram tidak semestinya ditujukan kepada sesiapa termasuk apa sahaja quotes

“Sama juga dengan InstaStory saya baru-baru ini, memang tidak ditujukan kepada sesiapa,” katanya.

Dalam pada itu, Bella berkata dia tidak rasa rimas apabila rumah tangganya sering menjadi bualan kerana baginya orang mengambil berat.

“Semuanya hak masing-masing dan hidup saya hanya bergerak ke depan sahaja. Setakat ini tidak rimas orang asyik kaitkan sebab saya faham orang prihatin.

“Saya berterima kasih sebab ramai sayangkan saya dan suami. Ramai mendoakan untuk rumah tangga kami,”  katanya.